Koleksi duit-duit lama di sini http://mmczone.multiply.com/journal/item/311
(1) WANG DAN ANDA
TOPIK: PERSAHABATAN DIRI ANDA DENGAN DUIT-BAIK ATAU BURUK.
SEMBANG
Duit,
Wang, Sen, Pitis, Money -
semuanya adalah alat yang boleh menunaikan hampir semua keperluan dan kehendak
diri anda. Banyak manfaat dan mudarat yang terhasil kerana duit. Cuba kita
ibaratkan duit ni seperti ‘seorang kekasih’-Cewah!. Seorang kekasih yang
membahagiakan tapi juga boleh mendukacitakan. Aweks,girlfrend, malah
bini/isteri sekalipun yang 4,5 orang tu kita boleh ‘buang dan lepaskan’ apabila
dah pening kepala sangat dan tak dapat diselamatkan. Tetapi, walau pecah kepala
sekalipun kekasih kita bernama DUIT/WANG ini tak mungkin kita dapat lepaskan
sebab keperluan hidup kita ada padanya. Mahu tak mahu, semua orang kena
‘expert’ bab-bab DUIT/WANG ni. Persoalannya: Bagaimana kita nak pastikan
hubungan diri kita dengan kekasih yang sorang ni sentiasa terpelihara dan
membahagiakan ?.
Satu sebabje saya bagi kenapa anda semua
perlu belajar pengurusan duit – Sebab anda Bukan Bill Gates :0 . “Ala...Bapak
aku dah kaya dah,3 4 generasi duit
takkan abis punya”. Satu sebab gak saya bagi kenapa tetap perlu belajar bab
duit – Mencari duit dan Menjaganya adalah 2 perkara berbeza!. Ilmu kewangan
dapat mengekalkannya sentiasa bertambah
dan tersimpan baik.
Duit ibarat sumber asli terhad yang sukar
dicari. Harus diguna dengan cermat,berhemah dan bijaksana kerana ketidaktentuan
keadaan pada masa depan.
Mengapa Orang Mahukan Duit?
Umumnya, rakyat Malaysia menghargai nilai duit. Orang mahukan duit supaya mereka boleh hidup.
Mereka mahukan duit untuk menjaga diri dan keluarga mereka sendiri. Tetapi
orang juga mahukan duit kerana budaya kita memberitahu bahawa: Duit menjadikan
anda penting. Duit adalah keyakinan diri. Anda adalah pendapatan anda.
Budaya kita juga memberitahu kita bahawa memiliki banyak benda akan
menggembirakan kita. Apa yang kita lihat dan dengar, mencadangkan bahawa kita
boleh membeli perasaan. Jika kita mengambil perhatian akan semua ini, jiwa kita
boleh jadi kosong. Kita boleh menjadi muflis atau tidak gembira.
Apa Yang Duit Boleh Buat atau
Tidak Boleh Buat?
Walaupun budaya kita
mengatakan bahawa duit adalah jawapan kepada segala masalah kita, kita juga
mendengar yang duit itu jahat: Duit adalah punca segala kejahatan. Duit
menghancurkan! Mari kita lihat apa yang duit boleh buat dan tidak boleh buat:
“Ia boleh membeli sebuah
katil, tetapi bukan tidur”.
“Ia boleh membeli sebuah jam,
tetapi bukan masa”.
“Ia boleh membelikan anda
buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan”.
“Ia boleh membelikan anda
kedudukan, tetapi bukan penghormatan”.
“Ia boleh membelikan anda
ubat, tetapi bukan kesihatan”.
“Ia boleh membelikan anda
darah, tetapi bukan nyawa.”
Anda lihat, Duit bukanlah
segalanya!
Kuncinya bukan berapa banyak duit yang anda miliki tetapi
bagaimana anda menggunakannya. Perbelanjaan anda perlu mengikut nilai-nilai
anda. Nilai-nilai murni andalah yang penting bagi anda. Ini memerlukan
perancangan dan latihan. Melainkan anda menggunakan duit sebagai alat, dengan
mudah ia boleh menjadi perangkap!
Sebagai Muslim, Janganlah kita lupa
pemberi rezeki yang hakiki adalah Allah S.W.T bukannya tangan-tangan manusia. “Seorang bodoh dan duitnya tidak akan kekal lama
bersama.”
SUMMARY
Mari
sama-sama amalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya
Hidup diri kita dan keluarga kita. Sungguh-sungguh anda semua percayalah
bahawa, semakin banyak anda berilmu dan berpengetahuan tentang urus wang,
semakin berhemat anda dalam urus wang anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Positive comment are WELCOME...