Khamis, 11 Mac 2010

SALAM BLOGGING !

Salam Malaysia...

Saya sentiasa berfikir, memikir dan terfikir, satu persolan yang bermain di benak minda. Bunyinya cukup klasik, biasa sahaja, ringkas, lebih kurang begini:
APA YANG ANDA INGINI DALAM HIDUP INI?

YA..jawapan yang banyak sudah pasti Berjaya Dalam Hidup. Berjaya yang ditafsirkan banyaknya pula seperti ini - ingin hidup senang lenang, kaya, banyak harta, supaya apa sahaja yang diingini dapat dilaksana, hidup sihat, ada keluarga yang aman damai.

Persoalnnya, jika pada ketika saat ini, masa sedang baca blog ni, anda telahpun memiliki dan berada di dalam kehidupan seperti diingini itu , adakah anda sudah berasa cukup bahagia, hati anda tenang, hidup anda rasa betul-betul bermakna?

Jika anda bertanya kepada orang yang berada di situasi itu, jawapan anda pasti begini:
Saya berasa puas hati, bahagia dan rasa hidup saya tak sia-sia jika selepas dapat berbakti kepada KELUARGA saya, sebelum tutup mata, saya dapat pula sumbang bakti kepada AGAMA saya, BANGSA saya dan NEGARA saya..walaupun sedikit cuma.

Islam telahpun memberi panduan erti hidup sebagai manusia;

"Jika engkau ada makanan yang cukup, tempat tinggal yang selamat, kesihatan yang baik dan keluarga yang mengamankan, selebihnya berimanlah dengan Allah dan Rasulnya, ibarat anda telah memiliki dunia dengan segala isinya".

Sebab itulah, memanggil saya untuk sama-sama berkongsi ilmu/pengalaman tak seberapa yang ada dengan anda semua diluar sana, harapan agar kita sama-sama dapat sumbang bakti sesama kita.

Anda harus percaya sebagai prinsip hidup, tanggungjawab manusia adalah menjadi KHALIFAH di muka bumi Allah ini. Setiap orang tak kira bangsa dan agama apapun, Allah jadikan tiap-tiap orang itu ada kelebihannya yang harus dimanfaatkan dan disumbangkan kepada orang lain.

"Jadilah manusia terbaik, yang menyumbang kebaikannya kepada orang lain"