Rabu, 28 Julai 2010

Sebulan Sebelum Ramadhan






TOPIK

Rejab,Syaaban,Ramadhan,Syawal.

SEMBANG

Balik kerja harini pukul 6.30 petang, terdengar lagu 'Bulan-Bulan Islam' nyanyian kumpulan nashid Alarm Me di radio IKIM FM. Akhir zaman yang semakin mendekati tanda-tanda kiamat bila masa berlalu cepat meninggalkan manusia yang sibuk untuk kehidupannya. Tanpa kita semua sedari, hari ni telah 16 Syaaban yang bermaksud 14 hari je lagi untuk berada di penghulu segala bulan 'Ramadhan Al Mubarak'. Bulan Ramadhan ibarat seorang tetamu agung yang singgah selama sebulan di rumah/kampung/bandar/negara kita.


Datang membawa hadiah. Tiga jenis hadiah yang berbeza rasa dan rupanya. Diawalnya pelbagai hadiah berupa RAHMAT, dipertengahannya nanti dari jenis MAGHFIRAH/KEAMPUNAN
dan di penghujung bulannya PEMBEBASAN DARI API NERAKA.

Tidak cukup lagi...!!
Juga di bawa bersamanya seribu satu rahmat, membawa janji-janji dan tawaran dari Allah S.W.T untuk ditunaikan, membawa tawaran keampunan dan satu hadiah cabutan paling bertuah untuk kita sekiranya kita ikhlas & bersungguh mendapatkannya: LAILATULQADAR.

Tuan,Puan sekalian,
Adakah kita sedar kedatanngannya...
Adakah kita sudah membuat persiapan untuk menyambut kehadirannya..
Adakah kita masih alpa dan lupa dengan kesibukan hidup sehingga lupa akan kedatanngannya..

Samaada kita semua bersedia atau tidak, Ramadhan tetap akan datang. Dan beruntunglah orang-orang yang memuliakan tetamu ini dan menerima kunjungannya

Ayuh rakan-rakan dan sahabatku...
Tetamu Agung Ramadhan itu telah berada di ambang pintu rumah anda...
Persiapkan diri, anak, isteri, keluarga dan rumah anda itu untuk dikunjungi olehnya..
Persilakanlah masuk dengan sehabis mulia upaya diri kita..
Moga kita semua mendapat rahmat dan kemuliaan bulan Ramadhan ini..
Kerana kita tidak tahu dan belum pasti, adakah kita dapat bertemu dengannya semula di tahun hadapan....
Ya Allah berkatilah hidup kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan Ramadhan"..AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Alhamdulillah, sampai rumah..Terang betul bulan malam 16 Syaaban ni..