Ahad, 3 April 2011

TSUNAMI JEPUN-Janji Tuhan Yang Pasti Benar

All Photo Credited for Reuters Journalist and Totallycoolpix.com
http://totallycoolpix.com/2011/03/japan-disaster-zone-one-week-on/

TOPIK

Musibah Alam-Takziah Rakyat Jepun

SEMBANG

Tanggal 10 Mac 2011, Timur Bumi dikejutkan dengan satu 'ketetapan semulajadi yang telah ditentukan Tuhan' mengikut apa yang telah dijanjikan oleh pencipta alam dan isinya ini. Negara 'matahari terbit' Jepun telah dilanda musibah besar -gempa bumi dan tsunami berskala mega. Sebagai manusia yang secara fitrahnya memerlukan kepada Tuhannya, ia merupakan petanda,peringatan,amaran kepada manusia yang terlupa tentang kehidupan di dunia ini.  

Sepuluh Tanda-Tanda Kiamat yang Besar

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

Disamping musibah yang melanda, rakyat Jepun telah menunjukkan kepada dunia dan umat Islam makna 'seorang manusia yang beriman dengan Tuhannya'. Dalam saat getir ujian penderitaan yang hebat,lihatlah bagaimana mereka tetap beratur mengambil bantuan makanan!. Sesuatu yang tiada pada bangsa lain di dunia ini. Sedangkan rakyat kita boleh mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan diatas jalanraya akibat kemalangan yang menimpa rakannya..Lihatlah sekeliling kita, dunia tanpa sempadan ini. Apakah yang sedang berlaku di bahagian-bahagian dunia ini?. Bumi sebenarmya sedang 'berkata-kata', menghantar bermacam tanda dan alamat tentang apa yang bakal berlaku kepadanya atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan Semesta Alam. Sesungguhnya ia buat ingatan kepada manusia yang lalai dan leka.

Selasa, 15 Februari 2011

MAHA 2010

TOPIK - PAMERAN PERTANIAN TERBESAR NEGARA (MAHA 2010)

SEMBANG
Pada 3 Disember 2010 yang lalu, bersama rakan berkesempatan mengunjungi pameran pertanian terbesar di Malaysia MAHA 2010 yang diadakan setiap 2 tahun itu. Sambutan orang ramai yang sangat menggalakkan walaupun pada hari bekerja membuktikan minat tinggi yang ditunjukkan terhadap industri agrotourism negara. Difahamkan diakhir pameran MAHA telah mencatat kehadiran lebih 2.6 Juta pengunjung!.Kakitangan dan pegawai pelbagai jabatan kerajaan turut 'menyerbu' pameran MAHA 2010.
Pameran ini memang cukup besar saiznya. Untuk anda 'menjelajah' secara keseluruhan,memang tidak cukup untuk 1 hari!. Kena datang 2,3 kali baru boleh habis berjalan. Memang banyak perkara menarik untuk diperolehi di sini. Jadi,untuk yang akan datang jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi pameran MAHA ini. Layan sikit pelbagai aksi yang sempat dirakam.

Lembu Baka Kelantan Berat +- 1000KG !

Satu lagi baka lembu Pantai Timur. Agaknya hari-hari sarapan budu kot,haha...

Moment yang sempat dirakam...

Di pameran ular yang sempat dirakam...

Bayar RM 1, anak anda boleh menaiki lembu seberat +-500 KG ni. Pasti moment indah buat anak anda.

Jamnapari yang unggul di dalam kategori PALING SUBUR...

Gerai kambing golek bakar.

Meninjau MAHA 2010 bersama ini Geng...

Cik Bebiri Dorper yang pemalu...

Lagi moment yang menyumbang keceriaan...
Lagi moment yang sempat dirakam..Walaupun hadir bukan pada cuti hujung minggu,tetapi orang ramai tetap serbu hingga ade yang hadir sesudah Subuh..