Jumaat, 14 Mei 2010

Ustaz Ashaari Abuya Al Arqam Kembali Ke Rahmatullah!

Al Fatihah...Almarhum Ustaz Ashaari
Jumaat,14 Mei 2010-Dari sumber beberapa akhbar alternatif maya dan laman blogger, Ustaz Ashaari Abuya Al-Arqam telah meninggal dunia di Ipoh Specialist Hospital tepat jam 2.10 ptg semalam akibat jangkitan paru-paru.
Walaupun Jemaah Al-Arqam telah diharamkan dan disabitkan terpesong dari ajaran Islam (disebabkan beberapa hal dalam Akidah) tetapi tiada sapa dapat nafikan sumbangan amat besarnya dalam perkembangan dakwah islam di Malaysia.Al Arqam telah mencetuskan revolusi beragama dalam perkembangan umat islam di negara kita pada awal 80-an. Di tengah2 kejahilan umat islam Malaysia pada masa itu (zaman pasca British) antara tahun 60an,70an & 80an,(masa tu,yang nama ustazah pun tak sempurna tutup aurat)telah muncul ditengah-tengahnya dakwah Al-Arqam yang perjuangkan revolusi penghayatan islam dalam kehidupan masyarakat.Imej Serban&tudung labuh,hidup bersama sunnah,muzik nashid NadaMurni,kicap/sos & mee buatan orang Islam,ceramah agama semuanya merupakan sumbangan besar Al-Arqam di dalam seluruh aspek (ekonomi,sosial-bila Al-arqam nak masuk politik lah jadi asbab kerajaan menyekatnya) umat Islam di Malaysia. Ingat lagi dulu masa aku sekolah Tadika KEMAS,ada rombongan sambil belajar (rombongan 1st aku dlm hidup aku) pada tahun 1988,lawatan ke Kuala Lumpur.Antara tempat dituju,Parlimen,Mimaland,Zoo Negara dan 1 tempat yang aku konpius kenapa cikgu singgah tempat ni sebab aku tengok takda yang menarikpun-sebuah perkampungan di Sg.Penchala.Tetapi menyajikan pandangan yang cukup berbeza.Kanak2 sebaya umurku,semua pakai jubah&berkopiah,yg tengah main bolapun pakai kopiah, mak diorang & orang perempuannya semua macam ninja (baju itam cuma nampak mataje),suraunya sentiasa berkumandang alunan AlQuran,Zikir walaupun masatu pukul 10 pagi!. Barulah aku tahu sekarang,itulah jemaah Al-Arqam.
“Indahnya Islam itu hanya dapat dilihat jika dapat diamalkan sepenuhnya walaupun cukup pahit untuk masa menanam&menyemainya”
Letak tepilah bab Akidah yang betul ke salah,itu antara Allah dengan arwah,sapa kita nak jadi hakim. Sebagai sesama muslim marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman & beramal soleh diatas sumbangan besar dakwahnya.AL FATIHAH…

Khamis, 6 Mei 2010

1st Gathering Sek Keb Jenjarom (Tahun 1988-1993)

Venue:Hotel Impian Morib,24 April 2010,9.30 p.m





TOPIK
1st Gathering/REUNION Sekolah Kebangsaan Jenjarom (SKJ) tahun 1988-1993


SEMBANG
Malam minggu yang lalu, aku dan Ustaz Ashaari telah dijemput 8 kali untuk hadir ke Majlis REUNION sekolah rendah aku, Sek.Keb.Jenjarom, Kg.Jenjarom,42600 Kuala Langat,Selangor. Zaman budak-budak sekolah rendah,zaman nakal-nakal,main meriam,main-main,dan main lagi..Tak sangka dah berbelas tahun tak jumpa,ada yang sudah berkeluarga atau masih solo, namun semuanya dah berjaya menjadi manusia dan insan berguna. 1 lagi pengajaran yang aku dapat; Jangan sesekali kita memandang rendah keatas seseorang itu kerana rupanya ke,perangainya ke,atau apa-apa je.kerana Allah jadikan setiap orang dengan kelebihan diri masing-masing,rezeki dan kejayaan adalah diatas usaha keras setiap orang itu.Mungkin masa kecik dulu,dia degil,selalu kena marah cikgu,cikgu semua benci pandang serong (nipun 1 hal gak yang silap) ,corot dalam pelajaran plak tu, tapi kita tak tahu bahawa 1 hari nanti siapakah dikalangan rakan-rakan sekolah kita & murid-murid kita (untuk cikgu-cikgu) yang akan berjaya di dalam hidup mereka.




Bila Izwan naik "Minyak" baru korang tau..kihkih.



Ustaz Ashaari @ bakal ketua kg aka pak lurah Kg.jenjarom..
Para bekas pelajar SKJ tahun 1988-1993 yang hadir





akupun dah duduk sebaris dengan budak2..watcamne, yang
kat atas semuanya tak sesuai duduk kat bawah..hikhik..

Gambar kenang-kenangan bekas pelajar SKJ yang hadir


Pn.Rabiha sekeluarga..dulu masa sekolah terkenal kerana bapanya seorang posmen yang terkenal baik hati di sekitar Jenjarom

Pn.Zawiyah Sharif sekeluarga.Semua kanak-kanak bersekolah Tadika Kemas Jenjarom Timur kenal keluarganya kerana kedai runcit milik bapanya dihadapan tadika.
En.Nasrul Hakim bersama bakal pasangannya..
Pn.Noraina bersama keluarga.
Ustaz Ashaari, En.Kamari dan penulis antara 'orang bujang' yang hadir..:)

Pasangan bahagia dan ceria Pn.Norakmah Mat Yob
En.Aman dan pasangan

Isnin, 3 Mei 2010

My 1st DSLR

TOPIC
Hadiah Birthday ke 30: My 1st DSLR – Canon EOS 500D (kit 18-55mm)



SEMBANG 
Nak beranjak dari angka umur 20-an ke 30-an, ntah kenape mindaku ashik penuh dengan pikiran bisnes. Mungkin sebab hari-hari aku kena sepak terajang dengan orang bisnes kot. Aku nak citer kat u all kisah yang tak dirancang, tak diduga beberapa hari menjelang tarikh harijadiku yang ke-30.

1 minggu sebelum tarikh birthday aku kebetulan aku ternampak event camera fair yang kedai tu buat pada 20hb-21hb Mac 2010. .ntah dari mana datangnya power, ringan dan senangje badan ngan mindaku ni pegi beli Camera DSLR kat kedai Bintang Maju, Klang Parade .Aku pegi ari sabtu, dari luar nampak dah macam ada fair kat lobi. masuk lobi je, amoi cun dgn rambut ekor kuda, idung mancung,mata bulat ,,tak ingat bini siot! datang kat aku.Dia senyumje, aku terus “ I Mau U...eh bukan, mau pegi kedai U” ... Dah memang niat dari rumah,so senangjela aku ikut amoi tu pegi........bilik, eh bukan manade, pegi Kedai camera nya la. Aku ingat amoi tu yang serve, rupanya dia pas kat Nyonya pakai Spek Tebal da..K,back to work,focus. Laju je aku cakap berapa offer Canon EOS 500D..Dia tengok atas bawah, “U beli suka2 je ke @ mau serius shoot gambar”..PEHH..rasa macam kena jewer kopingnya. bagi best price RM 3ribu + macam2la sampingan..bila dia keluarkan camera, aku tanyala ‘Nyonya camane mau guna”. Tetiba muka dia yang cam chin Peng tu senyum ala kartun kungfu panda, “I pun honestly tak tau sangat ma”. Apalagi mie , bola tanggung..,” Haiya, lu jual camera tapi u pun tak tau guna ka” . MORALITY- Korang tgk, tak tau pasal camera tak bermakna tak bleh jual camera.Sikap dan cara berfikir yang tentukan.

1st DSLR aku harganya RM 3,080 (RM 3 ribu body + standard lens, RM80 filter lens).... Bini aku bising beli camera mahal gile, tapi ajak makan KFC pun takbleh. (bini aku memang antu Ayam ma). Inilah jugak 1st time selama idup aku pegi Klang Parade (kenape,xpercaya ke..1st time aku bayar parking kat palang guna syiling)..Lps beli, balik singgah makan KFC kat sebelah Klang Parade sebab bini aku guling2 kat lobi nak makan ayam.

Sekarang aku pikir2 balik,1-baru sedar birthday aku dah terlepas, tak celeb apa2pun. 2- Tak tau sebab kenape senangje aku pegi beli camera DSLR ni, cam ada power yang push..3- Tak tau kenape last2 aku makan gak KFC.

SO, aku niatkan camnilah -> Birthday aku yg penuh bmakna ni (umur 30) aku celeb kat KFC dan pembelian camera DSLR tu sebagai Hadiah Sempena Harijadi ku yang ke-30 Tahun, pada 16 Mac 2010 yang lalu, Yang dihadiahkan oleh diriku sendiri! Feweet!!
p/s: Ya Allah adakah jalan rezeki ini yang ingin Engkau berikan kepada hambamu ini

SUMMARY & MORALITY

1- Kini, istilah ‘Masa berjalan pantas’ dah tak relevan sebab masa dah tak berjalan mahupun berlari, tapi dah tak terkejar oleh kita sebenarnya..dah akhir zaman sangat2..

2- Photographer Pro tahap agung yang expert pasal DSLR camera, bleh ke bukak kedai jual camera? Tak pandai shoot gambar,tak bermakna tak bleh jual camera DSLR.Kisah benar kat atas dah buktikan.Maksudnya tiap orang ada kelebihan masing2 yang Allah bagi.Bila kita pandang rendah kekurangan orang ibarat kita pandang rendah kelebihan yang Allah bagi kat dia.(Sorry otai pro kat luar,ini bukan kondem yek, tapi untuk buka minda kita bersama2).
Kepada otai-otai Pro kat luar sana, Sapa nak amik aku jadi murid  ? HeHe...Aku kongsi ilmu aku,korang kongsi la ilmu korang skit..


3- Berkatnya ilmu bila diajarkan, Hebatnya anda bila mengajar orang yang ingin belajar.


4- Ilmu yang banyak ibarat air yang penuh dalam baldi. Kalau anda tak curahkan,ia akan tumpah.Bila dicurah, ia akan terisi semula dangan perkara yang lebih baik. Betul,aku dah rasa.Bila kita curah ilmu kat orang,otak korang rasa ringannje, tak payah pegi bekam...


Kat bawahni gambar – gambar pertama aku sebagai seorang photographer DSLR Canon EOS 500D: nak puji ke kutuk ke, lantak korang lah....enjoy yourself..:) (takpe2 nanti aku dah pandai korang nak tengok gambor aku,aku charge..hehe.)


Review Canon EOS 500D disini








syiling baru tapi mood lama..
strawbery ni nampak cam betul je walhal just gambar kat kotak..
subhanallah..
sunset.ape korang nampak? muka orang..








My 1st sunset...thats why everybody goes to DSLR :)





My 2st sunset..
The Brand..delighting U always




My 3rd sunset..