Jumaat, 14 Mei 2010

Ustaz Ashaari Abuya Al Arqam Kembali Ke Rahmatullah!

Al Fatihah...Almarhum Ustaz Ashaari
Jumaat,14 Mei 2010-Dari sumber beberapa akhbar alternatif maya dan laman blogger, Ustaz Ashaari Abuya Al-Arqam telah meninggal dunia di Ipoh Specialist Hospital tepat jam 2.10 ptg semalam akibat jangkitan paru-paru.
Walaupun Jemaah Al-Arqam telah diharamkan dan disabitkan terpesong dari ajaran Islam (disebabkan beberapa hal dalam Akidah) tetapi tiada sapa dapat nafikan sumbangan amat besarnya dalam perkembangan dakwah islam di Malaysia.Al Arqam telah mencetuskan revolusi beragama dalam perkembangan umat islam di negara kita pada awal 80-an. Di tengah2 kejahilan umat islam Malaysia pada masa itu (zaman pasca British) antara tahun 60an,70an & 80an,(masa tu,yang nama ustazah pun tak sempurna tutup aurat)telah muncul ditengah-tengahnya dakwah Al-Arqam yang perjuangkan revolusi penghayatan islam dalam kehidupan masyarakat.Imej Serban&tudung labuh,hidup bersama sunnah,muzik nashid NadaMurni,kicap/sos & mee buatan orang Islam,ceramah agama semuanya merupakan sumbangan besar Al-Arqam di dalam seluruh aspek (ekonomi,sosial-bila Al-arqam nak masuk politik lah jadi asbab kerajaan menyekatnya) umat Islam di Malaysia. Ingat lagi dulu masa aku sekolah Tadika KEMAS,ada rombongan sambil belajar (rombongan 1st aku dlm hidup aku) pada tahun 1988,lawatan ke Kuala Lumpur.Antara tempat dituju,Parlimen,Mimaland,Zoo Negara dan 1 tempat yang aku konpius kenapa cikgu singgah tempat ni sebab aku tengok takda yang menarikpun-sebuah perkampungan di Sg.Penchala.Tetapi menyajikan pandangan yang cukup berbeza.Kanak2 sebaya umurku,semua pakai jubah&berkopiah,yg tengah main bolapun pakai kopiah, mak diorang & orang perempuannya semua macam ninja (baju itam cuma nampak mataje),suraunya sentiasa berkumandang alunan AlQuran,Zikir walaupun masatu pukul 10 pagi!. Barulah aku tahu sekarang,itulah jemaah Al-Arqam.
“Indahnya Islam itu hanya dapat dilihat jika dapat diamalkan sepenuhnya walaupun cukup pahit untuk masa menanam&menyemainya”
Letak tepilah bab Akidah yang betul ke salah,itu antara Allah dengan arwah,sapa kita nak jadi hakim. Sebagai sesama muslim marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman & beramal soleh diatas sumbangan besar dakwahnya.AL FATIHAH…

0 ulasan:

Catat Ulasan

Positive comment are WELCOME...