Jumaat, 4 Jun 2010

Misi Tawan Malaysia (MELAKA)


MISI TAWAN MALAYSIA - MELAKA


TOPIK
1st place – MELAKA..


SEMBANG
Dah lama niat hati nak pergi bercuti, sejak tahun lepas lagi, tapi tak gerak-gerak pun. Jadi,aku telah berazam dan niatkan dalam hati untuk misi peribadi ‘ Misi Tawan & Jelajah Malaysia ’. Bolehke?? Yakin Boleh.Hmm..ada 9 negeri nak kena pegi,pecahkan kepada ibunegeri, place of interest, tempat makan famous,pantai,pulau,tasik, dan tanah tinggi. Insyaallah, harap diberi kesihatan, kesempatan dan rezeki untuk laksanakannya. Lepastu bolehla misi tawan asia tenggara plak,hehe...


Pada 22-24 Mei 2010 yang lalu, tercapai jugak untuk berjalan dan ronda-ronda ke Melaka. Seingat aku, kali terakhir ke Melaka pada tahun 1994,rombongan lawatan sambil belajar sekolah rendah masa darjah 4 mawar, masa tu tengah hangat berlangsung Piala Thomas/Uber kat stadium negara (tapi aku tak ambik pedulipun,yela masih kecik,tak pikir apa).Yang best tu,cikgu-cikgu ngan dreber bas cepat-cepat pakat balik awal sebab nak tengok final Piala Thomas kat TV. Masa aku sampai kat kampung,pukul 9 malam.Heran betul sebab kampung aku senyap sunyi tak macam selalu,rupanya semua orang kumpul kat rumah tengok tv! Dahla orang kampung sendiri yang main (family Dato Sidek) patutpun!! Sejak hari itu, aku terus minat badminton..hehe. Memang agak teruja untuk datang semula tempat yang pernah aku datang masa kecik-kecik dulu,gamit memori lama jugakla..Masih ingat dan terbayang sikit-sikit lagi kat minda tempat-tempat yang pernah aku pergi dulu; Taman Rama-Rama, Taman Mini Malaysia, Muzium Kesultanan Melaka, A Famosa, Memorial Merdeka..hmm..dah macam mane agaknya keadaan tempat-tempat tu sekarang yek..:)


Aku dah survey jugakla kat blog/web benda-benda menarik kat Melaka ni.Ikan bakar,asam pedas,tempat happening & place of interest.Pening gak nak pikir mula-mula. 2 hari beb, naik Ferrari pun mane sempat pusing semua. So,aku pilihla sebahagian yang wajib-wajib untuk dituju.


Hari pertama (Sabtu-22/05/2010)
Aku tuju hotel yang aku survey kat internet, Ayer Keroh.Hotel ini betul-betul bersebelahan Taman Tasik Ayer Keroh. Saja aku amik area Ayer Keroh sebab dekat dengan tol, senang nak balik rumah,hehe..GudLuck ada kosong,Deluxe Room, Rate RM 160, tapi aku tengok bilik dulu..hmm,bilik zaman Pra-Kemerdekaan Tanah Melayu,dengan patern marmar kecik-kecik kat lantai, siling bocor 9siap air menitik satu-satu), cover lampu retak! Bilik hotelnya banyak,tapi dah dijadikan pejabat pentadbiran kolej. Asalnya, aku confius gak sebab signboard hotel ini dah jadi International Kolej,kebetulan budak-budaknya tengah konvo plak tu. Memang Hampeh!! Dari 5 Taik Bintang (bintang untuk kategori tak layak dapat pujian), aku bagi 3.5 Taik Bintang. Terus pi hotel sebelah, D’Village Hotel,alhamdulillah ok, not bad,gud enough compare yang tadi.Walaupun mahal skit, Chalet Room, Rate RM 260/night.


Petang, lepas rest sekejap kat hotel, aku pun tak tahu nak pegi mana, so buatla drive survey ronda-ronda Melaka Town. Betulla member ofis aku cakap,Melaka ada 99 traffic light! Pastu semua ada countdown no. Yang semuanya start dengan angka 99! Semua jalan banyak ‘one way’. Sekali rasa macam kat bandar Klang dan Georgetown,Penang. Memang sejarah tu tak pernah menipu..Zaman Negeri-Negeri Selat tu, paten shoplotnya sama je, bangunan corak batu dengan pengaruh British. Lepas puas mahirkan jalan kat town,misi seterusnya-> makan the best ikan bakar in Melaka, YAHOO!. Ikut drive survey aku, Kebanyakan medan dan restoran ikan bakar terletak di sepanjang muara sungai atau tepi laut Selat Melaka. Diantara yang biasa; Medan Ikan Bakar Umbai, Ikan bakar muara Sungai Duyong, dan Medan Ikan bakar Sungai Sekamat..Mana yang the best? Keputusannya: Diluar jangkaan & kebiasaan ,tiada dalam senarai..ingat baik-baik nama ini - IKAN BAKAR ALA...KASSIM, Gerai No.1 Kg. Alai. 3 sebab aku bagi Fresh, Sedap, Murah..aku pesan Jenahak Bakar O, Sotong goreng tepung, ketam sup, udang butter, nasi lemak bungkus 3, dan air kelapa untuk 2 orang makan, costing=$$RM 42.60 je!. Yang Lain: 1-Medan Ikan Bakar Umbai,dah jadi cam pasar awam yang penuh dengan gerai ikan bakar,tak tau mana satu nak pilih,harga mahal giler plak tu! Sesuai untuk nikmati sunset je kat sini sebab ada menara tinjau. 2-Ikan bakar Sg.Duyong, cam nak roboh je aku nengok gerainya, pastu siap ada WARNING:Beware BUAYA/Crocodile lagi..


Lepas puas balun seafood kat Kg. Alai, jam baru pukul 9.30 mlm.Hmm,awal lagi.So,aku balik town untuk amik angin malam.


Malam minggu Melacca Town Memang Happening!


Hari Kedua (Ahad-23/05/2010)
Hari ini,plan aku nak ke must visit place in Melaka- Historic A Famosa. Hari minggu memang ramai gile orang;Melayu,Cina,India,Inggeris,Portugis, Jepun,Korea semua jenis orang serata dunia ada kat Melaka masa hujung minggu ni. Lepas parking kereta kat atas bukit St.Paul (sebelah Gereja St.Paul), kadar parking kat sisni 1 Jam RM 4.00 (pakai kupon,beli kat pondok MBM).Wah,kayo la council Melaka yek,hari minggupun charge parking,memang masyuk! Patutla bangunannya tersergam indah macam istana..:) Lepas shoot gambar kat St.Paul, terus ke Muzium Samudera (kapal Flor De La Mar) replika kapal laut zaman ‘Pirate of Carribean’ kat tepi jalan (tepi Sg.Melaka). Makan t/hari di Nasi Padang Indori (Indori= indonesia original). Menu-Nasi Padang. Gulai lemak udang, gulai urat, ikan keli sambal. Minum- Jus alkapot (terbaik,memang sodap). Komen Restoran Indori-> Rasa Yang Boleh Tahan,Harga Yang tak bleh tahan (kena charge RM 42.00). Dah kenyang, balik hotel jap rest.Pukul 5.00 gerak balik ke town. Ronda-ronda A Famosa dan nikmati pemandangan dari atas bukit.Beautiful panorama of modern Melaka from old Melaka monument. Nak pegi ke Muzium Kesultanan Melaka tapi TUTUP (ingat korang hari AHAD TUTUP). Satu yang aku terkejut badak,padang pahlawan depan A Famosa & Memorial Merdeka yang masa aku darjah 4 dulu datang, sekarang dah jadi Dataran Pahlawan aka shopping complex.


Bawa ke malam, Melaka Town tetap happening. Pahlawan walk (Melaka UpTown) setiap jumaat hingga ahad penug dengan barangan cenderahati menarik untuk dibawa pulang. Bezanya kat sini lebih banyak jenis dan lapisan manusia dari seluruh dunia. Memang ‘cuci mata beb’ . Boleh naik juga Menara Taming Sari untuk tengok pemandangan bandar Melaka.
Lokasi seterusnya-> Rivercruise Sg.Melaka. Bagi aku, cuma best kalau pada waktu malam je, night potrait at Sg.Melaka memang terbaik.Satu kepala RM 15.00. Pengalaman indah untuk hari ke-2 di negeri Melaka.


Hari Ketiga (Ahad-23/05/2010)
Hari terakhir di Melaka, Bandaraya Bersejarah. Sarapan rojak ngan roti canai di kedai mamak (lupa nama) berhampiran City Bayview Hotel (depan Ford Showroom). Rasa rojak nya boleh tahan beb! Dah kenyang, terus tuju ke Muzium Sultan Melaka (Lokasi wajib yang semalam tak berjaya).Parking awam kat sebelah Dataran Pahlawan yang semalam penuh sesaktu, hari ini langsung tiada kereta even beca pun.Kosong. Kereta aku satu-satunya yang park. So,kalau korang nak berjalan kat sini,datangla hari bekerja. Buat pertama kali,aku berjaya shoot ‘clean picture’ A Famosa tanpa sorang manusiapun yang nyibuk. Masuk Muzium Kesultanan Melaka (tiket Rm 2.00), aku satu-satunya pelawat. Kalau nak nyorok masuk tal bayar pun boleh sebenarnya sebab kakak yang jaga kat pondok pun tertidor! Ada satu perasaan kagum gerun, bersemangat, campur baur masa aku ronda-ronda kat sini. Memang puas,siap boleh main buaian kat bawah muzium lagi..:)


Jam 12.00 t/hari, masa untuk check out. Lepas check out, hujan lebat plak dah. Tetap teruskan berjalan ke lokasi terakhir, Taman Mini Malaysia. Makan t/hari kat astaka/ lot peniaga kat depan Taman Mini. yang dah nak roboh.Kamera charge RM 1.00 Tasik Ayer Keroh


Sorry to say, Taman Mini Malaysia dah tak best.Dah uzur dan tak patut dibuka kepada orang awam. Naiktaraf dulu barula buka semula kepada public.Ini tidak,tetap buka jadi pengunjung kecewa dengan tarikan yang dah tak menarik yang disajikan bersama risiko keselamatan pengunjung yang datang terutama yang bersama anak-anak kecil.


SUMMARY & MORALITY
1. Lain kali Bila melawat bekas negeri-negeri Selat (P.Pinang, Melaka & Singapura), jangan lupa bawak buku sejarah SPM.Barula rasa real,berlagak rasa cam Indiana Jones!. Mesti akan rasa macam kembali ke zaman silam.


2. I think Melaka is the best place for wedding picture especially for local Malay,Chinese and Indian.


3. Melawat Tempat bersejarah memang meninggalkan emosi,dan paling penting pengajaran berharga belajar daripada sejarah bangsa dan negara yang meresap kedalam diri. Rasa macam nak je balik ke Zaman Kegemilangan Melaka, bawak team komando lawan ngan penjajah.


4. Tempat bersejarah sangat-sangat penting untuk dikekalkan dan dipelihara dengan apa kos sekalipun, kerana ia menjadi bukti untuk tatapan generasi akan datang. Generasi muda tak cukup sekadar baca sejarah di buku dan majalah. Bukti fizikal yang boleh dilihat dan dipegang lebih meninggalkan kesan kepada manusia.


5. Sejarah Melaka sebenarnya mengajar kita Kelemahan & Kesilapan Bangsa Melayu dan Kekuatan & Kemajuan Bangsa Asing. Bangsa yang maju akan kuat dan bangsa yang mundur akan lemah. Dan Yang kuat akan menguasai yang lemah.Inilah lumrah alam.


6. Kehidupan dan tamadun manusia akan datang adalah sejarah yang akan berulang.



Kereta lembu yang tinggal kat Melaka nipun yang dah 'diawet',yang original dah tak wujud da..




Old Train to 'the past'...





Dataran Pahlawan on night landscape



Hampir tak percaya sebenarnya padang rumput 'tip top' untuk main bolasepak ini terletak di atas 'bumbung' shoppig complex Dataran Pahlawan..haha..night landscape


Dataran Pahlawan on night potrait





Anak Malaysia di bumi Melaka..





Memorial Pengistiharan Kemerdekaan..


Beca 1 Jam RM15.Yang kepala RXZ tu dia cakap beca dia bleh speed 120KM..?





Landmark rasmi Melaka "A Famosa"..


Petang yang indah diatas bukit A Famosa 


Cuaca yang sempurna untuk shoot view


Sejarah dibuktikan.Kedudukan kota A Famosa memang strategik boleh nampal view keseluruhan pelabuhan Melaka. 














Bangunan lama 'Aldy Hotel'



Muzium Samudera @ Flor De La Mar Ship





Replika patung orang Portugis







Night Melacca Rivercruise...



Night Melacca Rivercruise...





'Pokok Melaka' on midnight..





Jeti Melacca Rivercruise...



Bazar menjual cenderahati berhadapan Jeti Melaka Rivercruise..









Muzium Samudera @ Flor De La Mar Ship